Selasa, 11 Disember 2012

Esei kumpulan

Trend dalam teknologi dan media pandangan ke hadapan.



Pendahuluan
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa telah lama diaplikasikan. Menurut Gagne et al. (2005), penggunaan teknologi seperti information communication technologies (ICT) sebagai media pengajaran dalam P&P mampu membantu guru sebagai bahan bantu mengajar dan membantu murid sebagai bahan bantu belajar. Hal ini adalah selari dengan dasar ICT dalam pendidikan negara yang telah diumumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, di mana penggunaan ICT dalam pendidikan menjadi media pengajaran utama dan guru sebagai fasilitator bermula pada tahun 2010 (Lim, 2010). Penggunaannya adalah bergantung pada kebolehan murid dan kandungan yang ingin disampaikan oleh guru (Norabeerah, Halimah & Azlina 2011). Oleh itu, kehadiran sesuatu teknologi seperti augmented reality (AR) perlu dikenal pasti potensi yang membolehkan ia benar-benar memberi manfaat kepada pendidikan dan juga perlu dikenal pasti bentuk atau kandungan (pengisian) yang sesuai di mana ia menjadi lebih bermakna kepada pendidikan, terutama untuk P&P Bahasa Melayu dalam membantu guru menarik perhatian murid agar mereka memberi fokus terhadap P&P yang dijalankan. Kajian lepas mengenal pasti bahawa antara faktor diri murid yang menyumbang dalam permasalahan kemahiran membaca adalah pengetahuan asas membaca dan menulis, persekitaran dan kaedah pengajaran guru (Abdul Rasid 2012). Justeru, dengan pemilihan media pengajaran seperti AR berserta kaedah pengajaran guru yang menarik berupaya memberi alternatif penyelesaian dalam permasalahan kemahiran asas membaca.

AR ialah teknologi yang menggabungkan objek maya ke dalam dunia realiti dan pengguna boleh berinteraksi dengan objek maya tersebut secara masa nyata (Azuma, 1997). Ia amat berbeza dengan teknologi realiti maya yang 'mengasingkan' pengguna ke dunia baru yang maya (Shaffer, 2001). Sebagai contoh, pengguna yang menggunakan aplikasi realiti maya yang melibatkan pengembaraan di angkasa, maka pengguna akan ‘merasa’ seolah-olah dia telah berada di angkasa dengan kelengkapan sebagai angkasawan dan mampu berinteraksi dalam suasana tersebut walaupun pada realitinya dia sebenarnya berada di sebuah bilik atau makmal realiti maya. Rajah 1 menunjukkan satu contoh aplikasi AR, di mana objek bunga dan lebah ialah objek maya yang berada di dunia realiti (tangan dan persekitaran).

Teknologi pada zaman ini kian berkembang, terutama dalam Internet, World Wide Web (www), CD-ROM dan video disc. Oleh sebab perkembangan pesat dalam era teknologi, adalah menjadi satu kemestian untuk mengkaji isu-isu dan trend yang perlu diambil perhatian supaya dapat melindungi hak cipta terpelihara dan produk orang lain. Selain itu, perhatian juga diberikan kepada trend dan peranan teknologi dalam perkembangan pembelajaran berasaskan teknologi dan perkembangan dalam teknologi, media, pendidikan dan latihan pada masa depan.

Trend dalam teknologi dan media sangat penting pada masa hadapan. Pertama ialah, penggunaan teknologi dalam pendidikan sememangnya boleh mendapat perhatian daripada pelajar dan memudahkan mereka menyerap ilmu yang disampaikan oleh seseorang tenaga pengajar. Pada masa kini, boleh dikatakan peralatan teknologi seperti komputer telah menjadi sebahagian daripada kehidupan generasi muda. Oleh itu, penggunaannya dalam bidang pendidikan dapat menjamin hasil yang memuaskan. Hal ini kerana penyampaian dapat dipersembahkan dalam bentuk visual yang menarik, animasi, 3D dengan suara yang dapat menarik perhatian pelajar terutamanya pelajar sekolah rendah. Ia juga dapat meringankan beban pelajar yang terpaksa mengalas beg yang penuh dengan buku ke sekolah sekiranya dapat digantikan dengan hanya beberapa keping CD-ROM pada masa hadapan.
Penggunaan teknologi dalam pendidikan juga dapat menjimatkan masa pelajar dan memupuk sikap suka membaca dalam kalangan pelajar. Dengan adanya teknologi, apa-apa maklumat dapat diperoleh dengan mudah hanya dengan menaip tajuk yang ingin dicari dalam google search. Berbanding dengan pelajar pada masa lalu yang terpaksa mencari maklumat dengan cara manual dan bahan bercetak hanyalah satu-satunya harapan untuk mereka memperoleh maklumat yang diingini, pelajar sekarang mempunyai kelebihan dengan adanya kemudahan internet. Hal ini kerana selain daripada bahan bercetak, pelajar juga dapat memperoleh maklumat yang diingini melalui internet dengan cepat. Penggunaan media elektronik juga dapat meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar. Sebagai bukti, untuk membolehkan kita mengikuti perkembangan semasa dan menimba ilmu pengetahuan melalui internet, kita perlu membaca. Segala maklumat yang dipaparkan melalui laman web adalah dalam bentuk tulisan dan untuk mengetahui maklumat tersebut, kita perlu mahir membaca. Secara tidak langsung, ia dapat memupuk sikap membaca
Dengan adanya teknologi yang canggih, segala tugas dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Sebagai contoh, proses mencari maklumat, menyelesaikan tugasan yang diberi oleh pengajar dan lain-lain lagi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ini merupakan kebaikan daripada perkembangan teknologi. Adanya teknologi multimedia menjadi semakin menarik kerana teknologi ini baru diperkenalkan pada tahun 1990-an walaupun sebelumnya sistem CAL (Computer Aided Learning) dan hiperteks masih terbatas dalam media yang terpisah-pisah belum digabungkan seperti multimedia yang memiliki makna gabungan pelbagai media; teks, suara imej, animasi dan video dalam satu perisian (Jacobs, 1992)
Menurut Evans dan Nation (2000), penggunaan inovasi teknologi baru termasuk internet telah banyak memberi sumbangan dalam pendidikan dan diantaranya adalah menyediakan peluang untuk penambahbaikan mutu pendidikan (Oliver and Short, 1997), menyokong untuk memenuhi kehendak individu dalam program pendidikan (Kennedy and McNaught,1997) dan menyediakan peluang untuk belajar dengan lebih luas dalam konteks sumber asli (Laffley, Tupper, and Musser, 1998).
Menurut Lowe (2002) pula, pelajar mendapat pembelajaran secara talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan pembelajaran mereka. Melalui pembelajaran ini, pelajar boleh belajar di mana sahaja dan pada masa yang dipilih oleh pelajar itu sendiri. Hal ini membolehkan pelajar tersebut dapat menguruskan masanya dengan lebih efektif dan pada masa yang sama ia melibatkan penggunaan kos secara efektif. Pembelajaran secara interaktif melalui talian membolehkan pelajar menerokai maklumat baru menerusi perpustakaan digital ataupun di laman web. Apabila semakin banyak teknologi diperkenalkan dalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauh menyediakan satu cara untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global. Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet. Internet merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan.


Bab 2
Landasan teori
Seiring perkembangan zaman, internet dimanfaatkan untuk berbagai kepentingan di Malaysia  terus berkembang.  Perkembangan teknologi informasi dapat meningkatkan kerja dan menyempurnakan berbagai kegiatan dan dapat dilaksanakan dengan cepat dan tepat sehingga  meningkatkan produktiviti. Perkembangan teknologi informasi sekarang ini menimbulkan berbagai jenis kegiatan berpandu pada teknologi ini, termasuk dalam bidang pendidikan.
Dengan perkembangan teknologi informasi yang begitu pesat, kemungkinan banyak perkara akan menerapkan proses pembelajaran jarak jauh dengan menggunakan internet untuk menghubungkan mahasiswa, melihat jadual kuliah, memberi tugasan, melihat nilai, dan akan melakukan perbincangan. Melalui media pembelajaran berasaskan web tentang pembelajaran dapat di cari dari mana saja, di samping itu perkara ini juga dapat dibuat dengan berbagai sumber belajar termasuk multimedia. Media pembelajaran berasaskann web dapat dikembangkan dari yang sangat sederhana sampai yang kompleks. Sebahagian media pembelajarn berasakan web hanya dibangunkan untuk menampilkan kumpulan info, sementara perbincangan atau sesi soal jawab dilakukan melalui e-mail. Implementasi dengan cara tersebut di nilai sebagai media pembelajaran berasaskan web yang paling sederhana.
Demikian ialah teori sesuatu yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan. Dasar teori ini yang akan di kembangkan pada ilmu pengetahuan agar dapat diciptakan pengetahuan baru yang lebih lengkap sehingga dapat memperkuat pengetahuan tersebut. Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan pembahasan baru.

B. Landasan Teori Pembelajaran Berasaskan Web
1.  Teori belajar
Teori belajar merupakan landasan utama dalam pembelajaran berasaskan web. Teori belajar memberikan landasan kuat tehadap kajian bagaimana seorang individu belajar. Landasan tersebut dijadikan sebagai titik tolak untuk merancang desain pembelajaran berbasis web.
Menurut Rasmussen dan Shivers dalam Darmansyah (2010: 130) mengatakan bahawa DPWB dilandasi oleh tiga teori belajar. Ketiga teori belajar itu adalah:



Teori belajar behavioristik

Teori behavioristik merupakan sebuah teori yang dicetuskan oleh Gage dan Berliner tentang perubahan tingkah laku sebagai hasil dari pengalaman. Kemudian teori ini berkembang menjadi aliran psikologi belajar yang berpengaruh terhadap pengembangan teori pendidikan dan pembelajaran yang dikenal sebagai aliran behavioristik. Aliran ini menekankan pada terbentuknya perilaku yang tampak sebagai hasil belajar. Aliran ini diperkenalkan oleh beberapa ahli seperti Jhon B Watson, Ivan Pavlov, BF Skinner, El Thorndike, Bandura dan Tolman.
Behaviorisme menganggap bahawa belajar merupakan akibat adanya interaksi antara stimulus dan respon (Slavin, 2000: 143). Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat menunjukkan perubahan perilakunya. Menurut teori ini dalam belajar yang penting adalah input yang merupakan stimulus dan output yang berupa respon. Stimulus adalah apa saja yang diberikan guru kepada pebelajar, sedangkan respon berupa reaksi atau tanggapan pebelajar terhadap stimulus yang diberikan oleh guru tersebut. Proses yang terjadi antara stimulus dan respon tidak penting untuk diperhatikan karena tidak dapat diamati dan tidak dapat diukur. Yang dapat diamati adalah stimulus dan respon, oleh kerana itu apa yang diberikan oleh guru (stimulus) dan apa yang diterima oleh pelajar (respon) harus dapat diamati dan diukur. Teori ini mengutamakan pengukuran, sebab pengukuran merupakan suatu hal penting untuk melihat hasil positif atau negatif perubahan tingkah laku tersebut. Faktor lain yang dianggap penting oleh aliran behavioristik adalah faktor penguatan (reinforcement). Bila penguatan ditambahkan (positive reinforcement) maka respon akan semakin kuat. Begitu pula bila respon dikurangi/ dihilangkan (negative reinforcement) maka respon juga semakin lemah (Darmansyah, 2010: 131).
Teori behavioristik memandang individu hanya dari sisi jasmani, dan mengabaikan aspek-aspek mental. Dengan kata lain, behaviorisme menfikan adanya kecerdasan, bakat, minat dan perasaan individu dalam suatu belajar. Peristiwa belajar semata-mata melatih siswa sedemikian rupa sehingga menjadi kebiasaan yang dikuasai individu. Teori behavioristik selalu tidak mampu menjelaskan situasi belajar yang kompleks, sebab banyak hal yang berkaitan dengan pembelajaran tidak dapat dilihat oleh hanya hubungan stimulus dan respon. Teori ini cenderung mengarahkan siswa untuk berpikir linear, konvergen, tidak kreatif dan tidak produktif. Pandangan teori ini bahwa belajar merupakan proses pembentukan atau shapping iaitu membawa siswa menuju atau mencapai target tertentu, sehingga menjadikan peserta didik untuk tidak mempunyai anjakan paradigma.



Menurut Jhon Locke pengalaman adalah salah satunya jalan perolehi pengetahuan. Pengetahuan adalah produk dari pengalaman. Secara psikologinya, seluruh perilaku manusia, kepribadian,  ditentukan oleh pengalaman masa lampau. Pemiikiran dan perasaan disebabkan oleh perilaku masa lalu.
Menurut Edward L Thorndike, pembelajaran merupakan peristiwa terbentuknya peristiwa yang disebut stimulus dan respon. teori belajar ini disebut teori perhubungan. Eksperimen yang dilakukannya menghasilkan teori cuba dan kesilapan. Ciri-ciri pembelajaran adalah adanya aktiviti, dan respon terhadap berbagai situasi, ada penghapusan terhadap berbagai respon yang salah, ada kemajuan reaksi-reaksi mencapai tujuan. Kemudian Thorndike mengeluarkan hukum-hukum iaitu (Sneelbeeker, 1974: 215-216)
1) Hukum kesediaan “Law of Readiness”
Dalam pembelajaran seseorang harus dalam keadaan sedia dalam erti seseorang yang belajar harus dalam keadaan yang baik dan siap, jadi seseorang yang hendak belajar agar dalam pembelajaran mendapat hasil maka seseorang dituntut untuk memiliki kesedian, baik fizikal. Disamping sesorang harus sedia fizikal dan mental seseorang juga harus siap dalam kematangan dalam penguasaan pengetahuan serta percakapan yang dasar.
2) Hukum Latihan”Law of Exercise”
Untuk menghasilkan tindakan yang sesuai dan memuaskan untuk merespon suatu stimulus maka seseorang harus mengadakan percubaan dan latihan yang berulang-ulang.
3) Hukum Akibat “Law of Effect”
Setiap organisme memiliki respon sendiri dalam menghadapi stimulus dan situasi yang baru, apabila suatu organisme telah menetukan respon atau tindakan yang melahirkan kepuasan dan kesesuaian dengan situasi maka hal ini pasti akan di pegang dan dilakukan sewaktu ia di hadapkan dengan situasi yang sama. Sedangkan tingkah laku yang tidak melahirkan kepuasaan dalam menghadapi situasi dan stimulus maka respon yang seperti ini akan ditinggalkan selama-lamanya oleh pelaku.
Ivan Petrovich Pavlov dengan teori pelaziman klasik menyatakan bahwa individu dapat dikendalikan melalui cara mengganti stimulus alami dengan stimulus yang tepat untuk mendapatkan pengulangan respon yang diinginkan. Sementara individu tidak sedar dikendalikan oleh stimulus dari luar. Pembelajaran menurut teori ini adalah suatu proses perubahan yang terjadi kerana adanya syarat-syarat yang menimbulkan reaksi. Pembelajaran  itu bermakna latihan dan pengulangan yang terjadi secara automatik.

Selanjutnya Skinner mengeluarkan sebuah teori yang dinamakan dengan operant conditioning yang merupakan suatu proses penguatan perilaku operan yang dapat mengakibatkan perilaku tersebut dapat diulang kembali atau hilang kesesuaian dengan keinginan (Hergenhahn & Olson, 2008: 84). Operant conditioning menjamin respon terhadap stimulli, bila tidak menunjukkan stimuli maka guru tidak dapat membimbing pelajar untuk mengawal tingkah lakunya. Guru memiliki peranan dalam mengawall dan mengarahkan pelajar dalam proses pembelajaran sehingga tercapai tujuan yang diinginkan.
Selanjutnya Albert Bandura yang mengeluarkan teori pembelajaran sosial. Teori ini menerima sebahagian besar prinsip teori belajar perilaku, tetapi memberikan lebih banyak penekanan pada kesan-kesan perilaku dan proses mental (Ratna Willis, 2011: 22). Jadi teori ini menunjukkan pentingnya proses mengamati dan meniru perilaku, sikap dan emosi orang lain. Teori ini menjelaskan perilaku manusia dalam konteks interaksi tingkah laku timbal balik yang berkesinambungan antara kognitif perilaku dan lingkungan.


Bab 3
Cara Penelitian dan Kajian
Penelitian dalam bidang pendidikan banyak yang lebih diarahkan pada aplikasi  dari konsep dan teori. Penelitian demikian ini dikelompokkan  sebagai penelitian  terapan atau applied research. Disamping itu, penelitian dalam bidang pendidikan ini  dilakukan untuk menilai pelaksanaan atau keberhasilan  suatu sistem,  ketepatan penggunaan suatu sistem, program model, cara, media, instrumen, dan  sebagainya. Selanjutnya perkara dijelaskan bahawa pendidikan memiliki segi teori dan ilmu, dan segi praktikal. Penelitian pendidikan mencakup penelitian segi ilmu dan praktikal  pendidikan, ilmu dan praktik kurikulum, ilmu dan praktik pembelajaran, ilmu dan  praktikal bimbingan dan konseling, segi ilmu dan praktikal pendidikan. Kegiatan-kegiatan manusia tersebut menjadi kajian bermacam-macam bidang  ilmu dan profesion seperti: psikologi, sosiologi, antropologi, pendidikan, ekonomi,  politik, keagamaan, keamanan, kesejahteraan, sosial, dan lain lain. Ruang  fokus dan kajian pendidikan, diantaranya: komponen-komponen proses pendidikan  dan penelitian bidang pendidikan. Komponen-komponen proses pendidikan tersebut   meliputi: interaksi pendidikan, tujuan pendidikan, lingkungan pendidikan, dan  pergaulan pendidikan. Sedangkan penelitian bidang-bidang pendidikan, antara lain meliputi: penelitian bidang ilmu dan praktek pendidikan,  akan dijelaskan dalam huraian berikut:

1. Penelitian Bidang ilmu dan Praktikal Pendidikan
Sebagaimana dikemukakan pada unit 1 bahawa penelitian dapat dilakukan  dengan menggunakan pendekatan kualitatif mahupun kuantitatif. Penelitian bidang ilmu pendidikan yang diarahkan  pada perkembangan teori dan konsep digolongkan sebagai penelitian dasar (basic research). Penelitian tersebut dapat dilakukan secara kuantitatif, ekperimental atau non eksperimental.Jika penelitian  tersebut masih diarahkan untuk menguji konsep, andaian, dan cadangan maka  penelitian tersebut masih dikategorikan sebagai penelitian dasar. Penelitian dalam bidang pendidikan  banyak yang lebih diarahkan pada aplikasi dari konsep dan teori. Penelitian demikian ini dikelompokkan sebagai penelitian terapan atau  applied research. Disamping dua jenis penelitian di atas dalam bidang ini  dapat juga menilai pelaksanan atau keberhasilan  suatu sistem, ketepatan penggunaan suatu sistem, program model, cara, media, instrumen,




2. Penelitian Bidang Ilmu, Praktik Kurikulum dan Pembelajaran Penelitian yang menggunakan pendekatan  kualitatif difokuskan  pada penguatan terhadap  cadangan  dan andaian  yang ada, atau menghasilkan andaian, cadangan dan hipotesis baru. Penelitian terhadap  ilmu kurikulum dan pengajaran/pembelajaran juga dapat dilakukan secara kuantitatif, eksperimental atau non eksperimental, dan kalau masih diarahkan  pada menguji konsep, andaian dan cadangan maka penelitian tersebut bersifat penelitian dasar. Pada umumnya penelitian dalam bidang kurikulum dan pengajaran/ pembelajaran diarahkan dari aplikasi dari teori atau konsep sebagai penelitian terapan atau  applied research.  Selain itu,  dalam penelitian bidang kurikulum dan pengajaran, dapat juga dilakukan  penelitian  penilaian, misalnya untuk menilai pelaksanaan atau keberhasilan suatu  model kurikulum/pembelajaran, implementasi kurikulum, ketepatan penggunaan suatu model, cara, media pembalajaran, instrumen penilaian. Dengan demikian jika dilihat dari lingkupnya, hampir semua lingkup bidang ilmu kurikulum dan pengajaran/pembelajaran dapat diteliti.

3. Lingkup penelitian Kurikulum dan Pembelajaran Syaodih (2005) membagi lingkup penelitian kurikulum dan pembelajaran terdiri dari: kurikulum teoritis dan  kurikulum praktis, meliputi: kurikulum sebagai rencana (curriculum design), penyusunan kurikulum, implementasi kurikulum, evaluasi dan penyempurnaan kurikulum, serta manajemen kurikulum. Lebih lanjut Syaodih (2005: 45-46) menjabarkan lingkup penelitian kurikulum dan pembelajaran pada kurikulum praktis.

4. Penelitian Bidang Ilmu dan Praktik Bimbingan dan Konseling
Lingkup Bidang Bimbingan dan Konseling (BK), menurut Syaodih (2005: 45-46) meliputi: bimbingan kaunseling teori dan bimbingan kaunseling praktik.
  



Bab 4
Analisis Data
Penentuan Tahap Kesedaran
Bagi menentukan tahap kesedaran terhadap teknologi AR, penyelidik telah membahagikan peratus bilangan guru yang bersetuju bahawa mereka mengetahui tentang teknologi AR dan pernah melihat teknologi ini kepada tiga tahap, iaitu tinggi, sederhana dan rendah (Rosnaini et al. 2011). Jadual 1 memperincikan tahap penentuan tahap ini.
Jadual 1: penentuan kesedaran
Julat Peratus
Tahap
0.00 – 33.33
Rendah
33.34 – 66.66
Sederhana
66.67 – 100.00
Tinggi

Taburan Demografi

Jadual 2 menjadualkan demografi guru yang terlibat sebagai sampel dalam kajian ini yang
melibatkan faktor jantina, peringkat sekolah dan pengalaman mengajar. Seramai 16% guru lelaki dan 84% guru perempuan yang terlibat. Sebanyak 68% daripada mereka mengajar sekolah menengah dan 32% dari sekolah rendah. Lebih daripada separuh informan mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada lima tahun (52.3%).

Jadual 2: Taburan Demografi Guru (N=44)

Faktor Demografi
Faktor
Frekuensi
Peratus (%)
Jantina
Lelaki
7
15.9

Perempuan
37
84.1
Peringkat Sekolah
Sek. Menengah
30
68.2

Sek. Rendah
14
31.8
Pengalaman Mengajar (Tahun)
Kurang 5

21
47.7

5 - 15
21
47.7

Lebih 15
2
4.6



Tahap Kesedaran Guru Terhadap Teknologi AR
Jadual 3 menunjukkan bahawa hanya seorang daripada 44 orang guru (2.3%) yang mengakui mereka mengetahui tentang teknologi ini. Manakala hanya dua orang daripada 44 orang guru (4.6%) mengakui pernah melihat teknologi AR. Secara keseluruhan tahap kesedaran guru terhadap teknologi AR adalah rendah (berdasarkan Jadual 1). Majoriti daripada mereka mengakui tidak pernah mengetahui atau melihat teknologi ini di mana-mana.
Jadual 3: Tahap Kesedaran terhadap Teknologi AR
Kesedaran kepada Teknologi AR
Frekuensi
Peratus (%)
Tahap
Mengetahui tentang teknologi
1
2.3
Rendah
Pernah melihat
2
4.6
Rendah
Keseluruhan

3.4
Rendah

Persepsi Guru Terhadap Teknologi AR
Informan yang terlibat memberi maklum balas yang amat positif terhadap teknologi AR dan pengaplikasiannya dalam pendidikan terutama dalam P&P. Mereka berpendapat bahawa teknologi AR ini sesuai diaplikasikan dalam pendidikan, memberi manfaat kepada guru , membantu dalam melaksanakan P&P yang lebih baik , dan memudahkan guru dalam menyampaikan proses P&P agar lebih berkesan. Kenyataan Berikut adalah antara kenyataan yang menyokong dapatan ini.









Dari Aspek Masa Depan
Dalam banyak kes, kehadiran sesuatu teknologi baru hanya sebagai penguat kepada pendekatan pembelajaran konvensional yang sedia ada (Gagne et al. 2005). Sebagai sebuah teknologi yang telah ditemui sejak 40 tahun yang lalu, AR mempunyai atribut atau ciri yang mampu menampung lompang yang tidak dipunyai oleh media pengajaran sedia ada . Walaupun teknologi ini telah lama diaplikasikan dalam bidang lain, tetapi ia masih agak baru dalam bidang pendidikan terutama dalam pendidikan di Malaysia umumnya dan dalam P&P amnya. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran guru terhadap teknologi ini adalah rendah. Majoriti daripada mereka tidak pernah mengetahui mahupun melihat teknologi ini di mana-mana. Dapatan ini masih sama sebagaimana tinjauan yang pernah dilakukan pada kajian lepas di Expo Teknologi Malaysia 2009 yang melibatkan kajian kes berskala kecil terdiri daripada murid-murid, guru-guru dan individu-individu daripada industri, di mana tahap kesedaran sampel yang terlibat dalam kajian tersebut masih amat rendah dan majority daripada mereka tidak mengetahui atau menyedari kehadiran teknologi ini.
Namun begitu, guru yang terlibat dalam kajian ini bersetuju bahawa teknologi ini amat sesuai digunakan dalam pendidikan secara umumnya dan dalam P&P amnya. Ini adalah kerana mereka berpendapat teknologi AR ini mempunyai ciri yang canggih dan menarik seperti membolehkan pengguna berinteraksi secara masa nyata dengan objek maya 3D seolah-olah memegang objek maujud. Bukan sahaja mampu menarik perhatian guru yang terlibat (dalam kajian), malah mereka turut berkeyakinan teknologi ini berupaya juga menarik minat murid semasa proses P&P. Ia bukan sahaja dapat membantu guru dalam melakukan proses P&P yang menarik, tetapi berkesan dan berupaya merangsang minat dan rasa ingin tahu murid pada pelajaran yang sedang dipelajari. Kesan penggunaan aplikasi AR dalam pembelajaran bahasa juga telah dibuktikan oleh Logical Choice (2011) yang menggunakan aplikasi AR yang diberi nama Letters Alive!. Ia bukan sahaja meningkatkan peratus penguasaan membaca pelajar malah dalam kebolehan membentuk ayat dengan betul. Perkara ini selari dengan pendapat Arnheim (1969), di mana beliau mengatakan kesan visual dan interaksi pengguna dalam masa-nyata terhadap sesuatu objek berupaya meningkatkan memori dan proses kognitif murid dalam visualisasi.
           

Walaupun teknologi ini diakui sesuai oleh semua informan tetapi mereka tidak menafikan faktor   kemahiran teknikal (Hampshire et al. 2006) yang menjadi prasyarat dalam membangunkan aplikasi AR sebagaimana yang disenaraikan oleh pembangun aplikasi AR yang aktif di Malaysia dalam kajian oleh Norabeerah et al. (2011), mungkin menyukarkan mereka menghasilkan sendiri aplikasi AR bagi kegunaan P&P. Buat masa ini masih kurang alat pengarangan AR yang mempunyai antara muka pengguna grafik dan banyak kajian bagi penambahbaikan teknologi perlu dilakukan agar ia boleh digunakan oleh ramai pengguna dalam pelbagai latar belakang (Hampshire et al. 2006). Menurut Norabeerah et al. (2011), keperluan kepada satu alat pengarangan AR yang mudah, mesra pengguna dan kurang teknikal mengikut keperluan guru adalah penting bagi membolehkan pengembangan penggunaan teknologi ini secara optimum  digunakan dalam pendidikan terutama di Malaysia.
Implikasi kajian ini melibatkan guru, IPG, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan KPM. Pertama, guru perlu diberikan pendedahan dan latihan dengan menggunakan alat pengarangan AR yang freeware seperti BuildAR atau alat pengarangan AR berasaskan sumber terbuka seperti ATOMIC. Hal ini adalah kerana kedua-dua perisian ini adalah berasaskan GUI dan telah dikenal pasti sebagai alat pengarangan yang mudah untuk digunakan (Wang et al., 2010). Namun begitu, alat pengarangan AR ini masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan dan kemungkinan ia masih dianggap sukar digunakan oleh guru kerana pembangunannya adalah lebih kepada pendedahan penggunaan AR kepada umum dan berkonsep komersial. Sebagai pendedahan awal, ia boleh membantu kepada guru-guru yang mempunyai kemahiran ICT yang tinggi untuk melakukan eksplorasi mengenai teknologi ini.
Keduanya, latihan dan pendedahan ini perlu dilakukan oleh pihak IPG kepada guru-guru pelatih yang majoriti adalah terdiri daripada generasi Y, terutamanya bagi kursus yang melibatkan teknologi pengajaran seperti Kursus Pengurusan Sumber bagi guru pelatih Program Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi
guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Kelompok generasi ini lebih mudah menerima dan mengadaptasikan sesuatu teknologi baru. Bagi pihak BPG pula, mereka boleh memfokuskan latihan dan pendedahan kepada guru-guru terlatih di sekolah dengan memanfaatkan tenaga jurulatih utama dalam bidang ICT yang kebanyakannya berwibawa dalam penggunaan perisian sumber terbuka dan proaktif terhadap sesuatu teknologi yang melibatkan P&P.




Selain itu, perlunya pihak yang membantu dalam penyediaan bahan mengajar dan belajar ke sekolah seperti Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) dan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Malahan kerjasama antara Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam penyelidikan terhadap penggunaan teknologi ini dalam pendidikan, mungkin dapat membantu untuk memperbanyakkan bahan berasaskan teknologi ini, terutamanya penyediaan bahan P&P  agar ia boleh dimanfaatkan oleh murid dan guru di sekolah-sekolah. Ini mungkin satu jalan penyelesaian terhadap isu murid yang keciciran kerana tidak boleh membaca walaupun sebelum ini telah banyak program yang telah diimplementasikan oleh KPM antaranya Kursus Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) dan terkini program Literasi dan Numerasi (LINUS) (KPM 2012). Dengan bahan yang dibangunkan nanti, ia membolehkan guru-guru di sekolah diberikan pendedahan terhadap penggunaan teknologi ini, seterusnya membantu guru memanfaatkan kelebihan teknologi AR dalam P&P.
Kehadiran teknologi AR menjadi alternatif kepada guru selain menggunakan perisian multimedia sedia ada di pasaran. Penggunaan aplikasi AR seperti buku AR boleh menjadi pilihan kepada guru dan murid selain buku-e atau CD koswer yang disediakan oleh pihak tertentu. Pemilihan media pengajaran seperti AR berupaya melibatkan penglibatan aktif murid bagi membantu mereka memberi tumpuan an mengukuhkan daya ingatan, terutamanya bagi murid yang lemah dan kurang upaya seperti bermasalah pendengaran . Sebagaimana pendapat Gagne et al. (2005), tiada sebarang media pengajaran yang lebih baik berbanding dengan media pengajaran lain, malah setiap media pengajaran mempunyai kelebihan masing-masing dalam mewakilkan objek, fakta, idea, proses, aktiviti manusia, model perwatakan, hubungan ruang atau dalam pembangunan kemahiran motor. Menurut Gagne et al. (2005) lagi, dalam kebanyakan keadaan, gabungan beberapa strategi dalam penggunaan media pengajaran tersebut amat membantu dalam mencapai objektif  P&P yang berkesan. Oleh itu, dengan kelebihan dan keunikan teknologi AR, ia boleh dimanfaatkan oleh guru bagi mencapai objektif P&P yang lebih berkesan. AR dilihat sebagai media pengajaran masa depan yang interaktif, menarik dan menyeronokkan. Strategi pengajaran konvensional memerlukan nafas baru kerana murid memerlukan pengajaran yang melibatkan penglibatan aktif, terutama bagi yang lemah tahap kognitif bagi membantu mereka memberi tumpuan dan seterusnya mengukuhkan daya ingatan. Justeru, AR mungkin satu alternatif yang sesuai dalam situasi ini.





Kesimpulan
Tahap kesedaran guru terhadap teknologi AR dalam pendidikan adalah rendah. Namun begitu, mereka akui bahawa teknologi AR sesuai digunakan dalam pendidikan umumnya dan dalam P&P amnya. Kajian ini memberi pendedahan kepada guru-guru terhadap teknologi AR yang boleh digunakan sebagai media pengajaran alternatif selain yang biasa digunakan oleh mereka, malah mereka turut teruja dengan kelebihan teknologi ini yang amat berbeza dengan bahan bantu mengajar yang pernah mereka gunakan sebelum ini.
Memandangkan terdapat kekangan kemahiran teknikal yang diperlukan yang menyukarkan guruguru menghasilkan sendiri bahan bantu mengajar menggunakan alat pengarangan AR sedia ada, maka keperluan kepada lebih banyak kajian dan penghasilan bahan bantu mengajar dan belajar menggunakan teknologi ini dalam P&P perlu dilakukan oleh pihak tertentu seperti KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Kajian seterusnya terhadap kesediaan guru dari segi kemahiran ICT yang diperlukan dalam pembangunan aplikasi AR dan mengenal pasti konsep penggunaan yang sesuai menggunakan AR dalam pendidikan, sama ada di peringkat sekolah rendah dan menengah perlu dilakukan bagi membolehkan teknologi ini boleh dioptimumkan penggunaannya dalam pendidikan. Semoga pengaplikasian teknologi AR dalam pendidikan di Malaysia, bukan hanya menambah teknologi baru dalam pendidikan di Malaysia, tetapi ia pelengkap dan penambahbaikan kepada apa yang sedia ada digunakan dalam dunia pendidikan di Malaysia. Seterusnya menjadi media pengajaran masa depan yang inovatif, menarik dan berkesan dalam pendidikan.


Rujukan :


10 gambar bahan bantu mengajar












Jumaat, 7 Disember 2012

10 video you tube

Crazy funny bowling




Cristiano ronaldo funny football




Funny moments in sport






Funny nike comercial cristiano ronaldo





Funny volleyball situasion






Snooker




funny goal keeper




Funny sport 




Amazing funny sport





Top 10





Top 20 comedy football







10 Teknologi Dalam Sukan


Nike fuelband
            



Nike  FuelBand merupakan sejenis gelang bagi para atlit.ia berfungsi sebagai akselerometer peribadi yang akan mengukur aktiviti pengguna yang disebut Nike sebagai ‘Fuel’ atau berbagai jenis gerakan dalam 3 dimensi. Kini Nike meluncurkan model terbarunya, edisi terbatas, dengan nama Nike+ FuelBand yang merupakan versi tembus pandang dari FuelBand. Nike + FuelBand satu sensor-berasaskan pecutan gerakan yang menjejaki semua senaman anda dan menterjemahkannya ke "NikeFuel" yang mengisi sehingga satu kaunter sasaran harian,ia akan berubah satu meter LED dari merah ke hijau .ia juga boleh mengukur langkah, masa dan kalori dibakar.





Power Balance







Kini memperkenalkan sebuah Performance Technology, POWER BALANCE yang merupakan hologram dan juga getah yang dicampur serbuk titanium yang mengandungi frekuensi semulajadi dari alam yang dapat bereaksi secara positif dengan pusat energi tubuh. POWER BALANCE kini banyak digunakan oleh para atlit antarabangsa mahupun orang awam, kerana:

-Ia dapat membantu keseimbangan tubuh
-Membantu koordinasi dan kelenturan tubuh
-Menambahkan kekuatan dan ketahanan tubuh secara menyeluruh.

Banyak orang yang telah merasakan akibat langsung dari kelebihan yang ditawarkan oleh POWER BALANCE.

Pada penggunaan seharian, POWER BALANCE terbukti dapat:-
1. Meningkatkan kualiti tidur
2. Meningkatkan kualiti imunisasi atau daya tahan tubuh
3. Mengurangkan stress dan sakit
4. Mencegah terjadinya mabuk di perjalanan. 





Adidas miCoach



                                             

Kelebihan miCoach  Adidas ialah bertujuan untuk membantu untuk mencapai matlamat berat badan anda dengan platform latihan miCoach terbaru mereka yang mampu membimbing anda secara lisan Zon miCoach, ini mudah untuk dibaca berkod warna paparan LED yang terletak betul-betul pada peranti bahagian manset lengan kemeja, di mana ia menawarkan tepat, maklumat masa sebenar yang menjadikan ia snap untuk melatih pada intensiti yang betul apabila digunakan seiring dengan memantau kadar jantung.










New thermometer line




                                 

Kelebihan garis thermometer baru ini ialah mampu mengambil suhu badan apabila bersukan sebagai satu bentuk muhibah,ia akan menghasilkan keputusan yang cepat dan tepat membolehkan penjagaan kesihatan dengan segera.ia juga dipercayai kelulusan klinikal untuk ketepatan dan keupayaan untuk mengambil bebas trauma,Paparan dapat dilihat dalam gelap apabila pesakit sedang tidur.









Portable mini GPS


                                          

Terkecil di dunia GPS peribadi guider
Menyimpan sehingga 16 lokasi, tepat dalam jarak 10 meter
Altitude + longitud paparan
Rekod kelajuan perjalanan dan masa
Sesuai untuk mendaki, perkhemahan, berjoging, mendaki gunung, dll

spesifikasi
Fungsi Utama: Penerima GPS + Lokasi Finder
Warna: Dark Green / Black
Material: Hard teracu ABS plastik
Kadar maksimum GPS Kemaskini: 10 Hz
Paparan: H: 128 x W: 64 Dot Matrix Paparan Skrin
Memori Flash: 512K
On-Lembaga Butang: 3 Butang (ON / OFF, Navigate Kiri / kanan) Untuk memilih mod, menavigasi ke mod dan tekan butang ON / OFF + keychain lampu suluh PERCUMA dengan setiap pembelian GPS!




i-dration






                                       
i-dration
Ini generasi baru sukan basikal elektrik berkuasa menyediakan pelbagai menarik fleksibiliti dan serba boleh. botol air futuristik telah dipanggil "i-dration" boleh membantu mengingatkan anda untuk mengambil seteguk air. Dibangunkan untuk membantu atlet tinggal terhidrat, i-dration mempunyai sensor di atasnya yang berkomunikasi dengan aplikasi pada telefon pintar anda untuk menentukan sama ada anda perlu minum lebih banyak.











swingbyte





                                            
Swingbyte terdiri daripada peranti untuk mengukur aspek ayunan anda dan program aplikasi dan dalam talian untuk membantu anda menganalisis data. Pertama, melampirkan unit Swingbyte, yang mempunyai berat kurang daripada satu auns, kepada mana-mana kelab hanya di bawah cengkaman. Swingbyte menangkap pelbagai aspek ayunan: kelajuan clubhead, mata pecutan melalui swing, anda satah sebenar kelab, loteng dan dusta pada rentak alamat dan impak dan banyak lagi. Kemudian membuka app dan melihat analisis swing anda. Anda boleh menyemak dan menilai ayunan anda dan melihat kembali pada sejarah ayunan anda.





Solar Healthier Pool Purifier makes swimming more comfortable




Ini alat yang mesra alam adalah kolam terapung penulen dikuasakan oleh panel solar diletakkan di atas penulen. Satu mineral gegelung terkandung elektrod dipasang ke dalam lubang bulat di pangkal alat, dan perlahan-lahan boleh melepaskan ion untuk membunuh alga dan bakteria. Dan lebih-lebih lagi, elektrod mineral juga boleh mengumpul beberapa mineral yang tidak diingini, melembutkan air di dalam kolam. Elektrod berlangsung kira-kira setengah tahun.Ia adalah kasihan sedikit bahawa perihal pelbagai tindakan.








Bluetooth zeroes in on fitness and health gadgets


                                     

Kumpulan Bluetooth Faedah Istimewa kini membentuk Sukan baru dan Kecergasan Kumpulan Kerja, yang bertujuan untuk meningkatkan interoperability antara alat sensor dan dpt dipakai dan apa yang dipanggil "hub" peranti seperti telefon pintar, televisyen dan peralatan gimnasium."Itu adalah satu patut agak semula jadi untuk Bluetooth kini menulis teknologi blog Engadget," tetapi ia yang diambil sehingga Bluetooth 4,0 untuk standard untuk benar-benar muncul sebagai alternatif untuk menurunkan-kuasa pilihan seperti ANT +, "sekarang digunakan dalam monitor kadar jantung, untuk contoh.Alat kecergasan bluetooth sudah di pasaran termasuk Motoactv baru, Bluetooth 4.0 dibolehkan peranti yang menjejaki masa, jarak, dan kalori dibakar. Plus peranti menyimpan jam muzik listenable melalui fon kepala wayarles.







Omron BP785 10 Series Upper Arm Blood Pressure Monitor Specifications and Pictures



                                   


Terbaru Alat Spesifikasi, Sukan Kereta dan Motosikal - Amazon telah mula menjual Omron BP785 10 Siri Lengan Darah Atas Tekanan Memantau. Peranti menyediakan maklumat terperinci untuk menguruskan kesihatan jantung anda. Omron BP785 10 Siri datang dilengkapi dengan sensor dua yang secara automatik periksa setiap bacaan untuk menyediakan data yang lebih tepat. Apa lagi, alat juga mempunyai pra-terbentuk ComFit Cuff yang mengembang untuk memenuhi kedua-dua biasa dan besar bersaiz lengan.